Terdapat pelbagai jenis lensa untuk pelbagai jarak yang berada dipasaran kini.Bagi mereka yang baru berjinak dengan DSLR,lensa pelbagai jarak(18-105mm,18-135mm,18-200mm) sering menjadi pilihan kerana lebih mobile dan mudah dibawa.Bagi mereka yang menggunakan lensa standard 18-55mm,lensa telefoto (55-200mm,70-200mm,70-300mm) adalah pilihan seterusnya.
Namun,setelah berbelanja ribuan ringgit membeli lensa idaman,hasilnya kadangkala amat mengecewakan.Imej yang terhasil kurang tajam (sharp) dan kabur.Antara faktor utamanya adalah kerana shutter speed yang rendah.Ramai yang pernah mengalami situasi sebegini diperingkat awal menggunakan DSLR.Untuk mengelakkannya,penggunaan speedlite atau tripod adalah antara langkah terbaik untuk penghasilan imej yang tajam.
Selain daripada itu,terdapat satu lagi cara mudah yang dikenali sebagai hand-holding "rule".Ianya adalah satu aplikasi asas yang telah diguna pakai oleh jurugambar-jurugambar terdahulu (zaman filem 35mm) Hand-holding "rule" pada asasnya menyatakan bahawa shutter speed haruslah sekurang-kurangnya bersamaan dengan jarak (mm) yang ditetapkan pada lensa.
Sebagai contoh mudah,jikalau kita mengaplikasikan jarak 100mm pada lensa,maka shutter speed haruslah sekurang-kurangnya 1/100.Jikalau kita mengaplikasikan jarak 200mm pada lensa,shutter speed haruslah sekurang-kurangnya 1/200. Tetapi,bagaimana pula jika menggunakan DSLR yang mempunyai crop factor (sensor yang lebih kecil) ? Nikon mengalami 1.5x crop factor manakala Canon mengalami 1.6x crop factor.Didalam kes begini,nilai crop factor tadi didarabkan dengan jarak lensa (mm) untuk mendapatkan nilai shutter speed.
Sekarang,jika menggunakan Nikon pada jarak 100mm,maka shutter speed haruslah sekurang-kurangnya 1/150 dan bagi mereka yang menggunakan Canon pada jarak 100mm,maka shutter speed haruslah sekurang-kurangnya 1/160.Begitulah seterusnya.
Diharapkan,tip mudah ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam penghasilan imej yang lebih tajam pada masa hadapan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment