Disini saya ingin berkongsi sedikit tip-tip mudah untuk memanjangkan jangka hayat bateri kamera digital anda.
(1) Kurangkan kekerapan playback se minimum yang mungkin.Penggunaan LCD yang terlalu kerap akan memendekkan hayat bateri anda.
(2) Jangan biarkan bateri anda terdedah pada kelembapan melampau atau air.Keluarkan bateri jika kamera tidak digunakan lagi.
(3) Kurangkan penggunaan LCD ketika mengambil gambar.Bagi pengguna compact camera,anda boleh setkan paparan LCD anda ke mode auto untuk mengelakkan penggunaan kuasa bateri secara berlebihan.
(4) Hadkan kekerapan penggunaan zoom yang panjang.Motor yang menggerakkan lens anda memerlukan kuasa yang agak tinggi menggerakkan lens ke hadapan dan belakang.
(5) Akhir sekali dan yang paling penting adalah tutup atau off kamera digital anda jika tidak mahu menggunakannya lagi.
Bateri AA |
Bateri Li-ion |
No comments:
Post a Comment