Wednesday, July 11, 2012

Canon Mengeluarkan Amaran Alahan (allergy) Untuk EOS 650D / Rebel T4i

Canon telahpun mengeluarkan amaran alahan (allergy) bagi para pengguna Canon EOS 650D /Rebel T4i kerana rubber hand-grips untuk sebahagian model ini akan bertukar menjadi putih dan mungkin akan menyebabkan alahan akibat dari cetusan bahan kimia yang dikenali sebagai Zinc Bis (dimethyldithiocarbamate)

Bahan kimia ini tidak digunakan dalam pengeluaran kamera sebaliknya ia mungkin terhasil daripada bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan rubber hand-grips ini.Bagi mereka yang telahpun memiliki model EOS 650D / Rebel T4i, sila lawat disini untuk mengetahui samada model anda terjejas atau tidak.Anda hanya perlu masukkan nombor siri kamera dan terus mendapatkan jawapannya.   
    
Menurut Canon USA,model-model yang terjejas adalah model yang dikeluarkan antara 31hb Mei dan 15hb Jun.

No comments:

Post a Comment