Sunday, June 17, 2012

Nikon AF-S DX 18-300mm f3.5 - 5.6 ED VR II - DiLancarkan

Baru-baru ini,Nikon telahpun mengumumkam untuk melancarkarkan lensa terbaru mereka,Nikon AF-S DX 18-300mm f3.5-5.6 ED VRII.Lensa ini akan berada di pasaran selewat-lewatnya akhir Jun 2012.Ia merupakan lensa yang mempunyai ratio zoom yang paling tinggi (16.7 x) pernah dihasilkan oleh Nikon.Direka khas untuk Nikon DSLR APS-C.Ia bersamaan dengan 27-450mm (pada 35mm)


Lensa versatile dan kompak ini dikatakan mampu menghasilkan imej yang berkualiti tinggi, baik ketika mengambil gambar mahupun ketika rakaman video Full HD.Dilengkapi dengan sistem VR terbaru iaitu Nikon's Vibration Reduction (VR) II.Dikatakan mampu menghasilkan imej atau video yang blur-free ketika rakaman secara handheld.     


Juga didatangkan dengan Nikon Silent Wave Motor (SWM) untuk memberikan prestasi autofokus yang sangat pantas,tepat dan lebih senyap berbanding dengan model terdahulu (18-200mm).Lensa ini juga menggunakan Nikon Super Intergrated Coating(SIC) yang membantu memberikan penghasilan semula dan konsistensi warna imej yang mengagumkan.Lensa ini juga mampu menghasilkan gambar makro yang lebih detail kerana mempunyai jarak minima fokus cuma 1.48 kaki (pada 300mm)     


Kepada para pengguna Nikon DSLR yang masih tercari-cari lensa yang mampu digunakan untuk pelbagai keadaan rakaman,ini mungkin untuk anda.Harga untuk pasaran tempatan belum dapat dipastikan lagi.

No comments:

Post a Comment