Thursday, July 26, 2012

Canon EOS-M Dilancarkan

Canon EOS-M Kit (EF-M 18-55mm f3.5-5.6 IS STM)

          Sejak Panasonic memperkenalkan Mirrorless Interchangable Lens Camera 4 tahun lepas,para pengeluar kamera utama seperti Sony,Olympus,Fujifilm dan Nikon telahpun turut sama menghasilkan kamera mirrorless masing-masing.Dan yang terkini adalah dari pengeluar gergasi,Canon.Mereka telahpun selamat melancarkan kamera mirrorless pertama mereka,Canon EOS-M.    
                    Canon EOS-M menggunakan sensor APS-C dengan resolusi 18MP.Dua lensa terbaru turut dilancarkan (lens mount EF-M) iaitu EF-M 18-55mm f3.5-5.6 IS STM dan EF-M 22mm f2 STM.Lensa-lensa EOS DSLR (EF dan EF-s) sedia ada juga boleh digunakan bersama EOS-M dengan bantuan EF-EOS M Mount Adapter.Didatangkan dalam 4 pilihan warna iaitu hitam,perak,putih dan merah.         
                     EOS-M juga boleh membuat rakaman video Full-HD berserta rakaman suara stereo.Ia juga didatangkan dengan touch-screen LCD (sama seperti EOS 650D) yang sangat jelas.ISO 100-12800 juga membolekannya merakam imej menarik dalam apa jua keadaan.
  
   
  Canon EOS-M key features   
  
. 18MP APS-C 'Hybrid CMOS' sensor
. 14-bit Digic 5 processor
. Continuous autofocus in movie mode
. Standard ISO 100-12800 (25600 expanded)
. 1080p 30 video recording and stereo sound
. External microphone socket
. 1040k dot Touch-Sensitive Clear View II LCD
. Standard EOS hot-shoe for external flash



No comments:

Post a Comment